PEMBINA: Membina Belia Muslim Wawasan » Cerpeneka

CORETAN TENTANG CINTA
Malam ini aku tidak bisa melelapkan mata. Di kamar yang sempit itu ada daya yang sangat kuat, yang membuat mataku bisa tidak tidur semalaman kerana fikiran yang berkelana jauh, memikirkan muda mudi kini,..ya..di kamar itu …aku mula mencoret sesuatu untuk mula bercerita tentang banyak kisah..moga buku kecilku ini akan menyedarkan muda mudi kita..

Baru-baru ini,valentines difatwakan haram untuk menyambutnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengharaman tersebut memberikan impak besar dari segi kesedaran masyarakat Malaysia khususnya umat Melayu Islam. Signifikannya, fatwa pengharaman itu mula diperkatakan dan dibincangkan di kalangan pemimpin Negara dan masyarakat sehinggakan kita melihat pelbagai pendapat diutarakan. Menariknya jika dahulu isu ini hanya meniti di bibir insan-insan yang digelar ‘Ustaz’ dan sealiran yang digolongkan sebagai orang baik lagi beriman di mata masyarakat namun kini golongan professional yang tidak kurang hebat kebaikan mereka juga sudah kedepan menjawab isu ini.

Adakah pengharaman ini mula timbul apabila tarikh tersebut hampir dengan tarikh sambutan maulidur Rasul? Yang pentingnya inilah ‘turning point’ untuk kita membicarakan bahawa apakah ideologi barat itu mesti diraikan dan diterima dengan sewenang mungkin tanpa bersandarkan kepada adab dan adat dalam Agama dan Bangsa. Nah, sudah berpuluh tahun bermaharajalelanya pemuda dengan asyik dan ghairah meraikan hari valentines yang kini sudah hilang valentines itu kini sudah ‘menganga’ apabila difatwakan dan dikuatkuasakan sebagai haram!

Jka diikutkan, malas untuk  aku mengulas lanjut berapa banyak pemuda yang telah ‘memproses’ anak dengan jayanya apabila ‘berkahwin’ sebelum bernikah. Cukuplah aku mengatakan faktor gejala sosial ini perlu dicegah dari awal lagi sebelum terlambat dan kepada yang dah terlambat, masih belum terlambat lagi untuk dirawat.

Sehubungan itu mari kita hayati petikan ayat Quran yang bermaksud “ Janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )”

Banyak kali dah ke dengar,tengok dan baca ayat kat atas?

Belum, eh dah la. Apa pun jawapannya aku nak tahu kita ni faham bahasa Melayu merangkap bahasa ibunda kan ?

Jadi tidak ada masalah sepatutnya untuk memahami maksud ‘menghampiri’ kan ? Atau saja buat tak faham sebab selalu speaking london ?

Mengertilah wahai saudara dan saudari yang masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, Allah menjadikan kita bukan untuk seronok-seronok namun asasnya adalah untuk beriman denganNya.

Aku yakin semua yang mengucap dua kalimah syahadah mempercayai firman Allah seperti di atas, cuma kita mungkin masih memberi alasan, tidak mendapat hidayah, dah dapat tapi rasanya awal lagi untuk berubah, tiada sokongan, tiada kekuatan atau adakah kita masih lagi ragu-ragu dengan janji Allah berkenaan ganjaran Syurga bagi orang yang taat dengan Allah dan ganjaran azab siksa neraka yang pedih bagi golongan yang ingkar dengan perintahNya.

Menghampiri apakah seperti dalam ayat di atas ?

Segala perkara yang menghampiri dengan membawa kepada zina.

Contohnya yang amat hangat melanda dunia pemuda yang cantik, kacak bergaya dalam lamunan cinta tanpa ikatan ‘valid’.

Apakah ini? Cinta tanpa ikatan pulak dah …tadi valentines.

Aku faham sangat perasaan kamu semua yang tengah menggila bercinta macam ‘Titanic Love’ ni, kalau ada orang bagi nasihat bukan senang nak dengar sebab nasihat daripada yang ‘tersayang’ sahaja yang menyenangkan telinga. Tetapi tidak mengapa, aku cuba untuk ‘menyusahkan’ telinga sesama kita.

Apabila dimaksudkan menghampiri itu segala perkara yang menyumbangkan ke arah menghampiri zina, pernah ke kita rasa couple itu menjauhi zina?

Kalau ya, amatlah beruntung. cuma ada ke couple yang boleh mengawal mulut daripada bercakap merdu bak buluh perindu dengan pasangan sehingga tidak terusik langsung nafsu dan shahwat (kiranya suci habis hati), mesej dan ‘call’ (bergayut : bukan gayut monyet tapi gayut abang kacak dan adik manis) atas perkara yang penting dan atas dasar muamalat semata-mata. Sewaktu berjumpa pasangan dengan bangganya menjemput Ibu dan Ayah ‘dating’ sekali dan merakamkan segala aksi dan perkataan kita.

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita (bukan muhrim) kecuali ketiganya dalah syaitan” (Riwayat Tabrani)

“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” (An-Nur:30)

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka” (Surah An-nur: 31).

Namun realitinya biar apa pun jawapan yang keluar dari mulut kita, Allah Yang Maha Mengetahui menyaksikan perbuatan dan mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Takutlah kita sebelum kita ditakutkan dengan azab yang pedih lagi dasyat.

“Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan Allah) semenjak dulu. Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” (Ibrahim:22).

Ketahuilah dengan tulisan, suara, melihat, berdampingan, yang dasyat lagi bersentuhan mahu pun yang biasa dan luar biasa itu semuanya mengundang kepada senangnya berlaku kahwin tanpa nikah atau bahasa ringkas zina!

Jika kita sudah pun terlanggar ‘pagar’ larangan sehinggakan terbabas, tidak terlambat lagi untuk kita sama-sama memperbaiki semula dengan bertaubat sebenar taubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

Apa penyelesaiannya?

Cepat-cepatlah nikah.

Ibu dan ayah tak bagi? Mengoratlah hati mereka sebagaimana kamu nak mengorat hati bakal Isteri nanti untuk terima kamu sebagai pasangan hidup.

Duit tak ada?

Tapi hati ingin kahwin (ni pun petikan lirik lagu). InsyaAllah,Allah akan permudahkan setiap niat & keinginan yang baik.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An Nur: 32)

Akhir sekali jalan yang praktikal ialah berpuasa kerana hanya dengan berpuasa perut akan menjadi kosong lalu mengurangkan nafsu.

Sulamilah taubat dan dosa lalu, dengan kebaikan dan pahala.

Moga Allah sentiasa memberi dan mengekalkan kita dengan hidayahNya serta kekuatan dan kesabaran dalam pengorbanan melakukan revolusi diri kepada lebih berkualiti.

Baru selesai satu kisah..banyak lagi kisah yang ingin ku muatkan dalam buku kecilku: peringatan buat pemuda!

Jam menunjukkan hampir 2 pagi. Selimut ku tarik..dalam hela nafas yang berat aku mengeluh, entahlah…aku benar-benar kesal melihat anak muda kini….YaAllah..ku cuba untuk tidur biar mata masih belum mahu lena..

oleh : saudara Zulfikar Azlan

Hijrah Terakhir: Epilog
Sedutan Episod Satu

Tapi katanya itulah cinta. Ah! Bagiku cinta sering benar tewas bersama mimpi rawan semalam…………

… bersambung

Tiga

Keinginan untuk merungkai kekusutan jiwa membawaku ke hadapan pintu utama masjid. Membatu menanti penceramah keluar, usai solat Isyak berjemaah. Sebaik melihat kelibatnya, salam kulontar. Mempalit kerut di dahinya.

Berdiri di hadapannya benar-benar mengundang dejavu. Mendetakkan debar. Namun, kuyakin dia masih tidak mengenaliku di sebalik purdah yang melindungi wajahku. Aku lantas memberanikan diri untuk memulakan bicara.

“Maaf kerana menggangu ustaz. Saya Ummu Musfirah. Tak pasti samada ustaz masih mengenali saya, tapi wajah ustaz seperti pernah saya kenal…” tersekat-sekat kataku.

“Jadi, awaklah Umrah?”

Angguk. Hari ini aku mendapat namaku kembali. Nama yang diberikan kepadaku tujuh tahun yang lalu.

“Ya, saya Umrah….” jawabku tertunduk malu. Titis gerimis yang satu persatu jatuh mencium bumi tunak kurenung.

“Dan ustaz, Amri Muqarr…….“

“Saya Amru Muqarrin, kembar kepada Amri Muqarrin…” pintasnya. Ada kejut yang menyambar sanubari.

“Sering benar dia menceritakan perihal awak kepada saya. Tentang kisah pertemuan pertama kalian di bumi ‘Down Under’, kisah zaman gelapnya, kisah hijrahnya menjadi manusia, perihal liku ranjau dia menawan hati awak dan akhirnya episod perpisahan kalian di sana.“

“Setelah pulang tanpa segulung ijazah dari Australia, dia benar-benar berubah. Hijrah agung katanya. Akhirnya dia mengambil keputusan nekad untuk mengubah haluan ke bumi anbiya’, mengutip mutiara-mutiara tinggalan ketamadunan Islam silam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Dia sempat menghafal Al-Quran sebelum menamatkan ijazah dalam bidang Usuluddin sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Tidak cukup dengan itu, dia turut bergiat aktif dalam gerakan dakwah dan tarbiah di sana. Malah saya sendiri menerima percikan taufiq darinya. Dialah yang mendekati saya, membisikkan kalimah penuh keimanan, membimbing saya menjadi muslim sejati dan akhirnya meyakinkan saya untuk bersama-samanya ke Mesir demi mengibarkan panji agama kebenaran ini.”

Aku terkelu. Kagum. Ternyata hijrahnya luar biasa setelah cintanya terdampar tak bersambut.

“Alhamdulillah. Hmm…..di mana dia sekarang, ustaz?” Aku memberanikan diri menyua tanda tanya yang aku sendiri berdebar menanti jawapannya.

Senyap. Lama kunanti Ustaz Amru menyambung tutur. Terlucut sabarku.

Masih diam. Yang kedengaran kini ialah tangis esaknya yang semakin meninggi. Aku melirik pandang, ada butir-butir jernih yang gugur dari  kelopak matanya yang redup.

“Dia meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk urusan dakwah dari Mekah menuju Madinah, tersungkur mencium lahad, ditimbus debu-debu hijrah Rasulullah s.a.w. Dia pergi beberapa hari sebelum kami sepatutnya pulang ke tanahair. Berkali-kali dia nyatakan hasratnya untuk bersua Umrah sebaik tiba di tanahair. Ironik sungguh, insan pertama yang ingin dijejakinya Umrah, namun terlebih dahulu ditemuinya Allah.” Perlahan tukas ustaz Amru. Di juring kelopak matanya masih tersisa cecair jernih yang hampir kering.

Mataku berkaca. Menatang selimpah titis air mata. Terpempan mendengar jawapan yang begitu menghiris jiwa, persis ditusuk belati peristiwa lalu. Lantas fikiranku melayang, menjejak kembali setiap fragmen kenangan bersamanya. Satu persatu muncul di kota ingatku, lantas membentuk makna betapa hebatnya kuasa Ilahi mengubah manusia mengikut acuan kehendak-Nya.

“Maafkan saya Umrah. Saya minta diri dulu, ada ceramah seterusnya yang perlu saya sampaikan di Masjid Negeri. Assalamualaikum…..” salamnya memutuskan permainan akalku.

Belum sempat kujawab, ustaz Amru terus berlalu pergi. Meninggalkanku bersama hakikat yang masih cuba kucerna. Sedikit pahit untuk kutelan. Aku lantas berpusing mengatur langkah longlai untuk pulang sebelum suara ustaz Amru kembali bertamu lagi di gegendang telinga, mematikan tapakku.

“Umrah, sebelum Amri meninggal, dia pernah berbicara kepada saya. Betapa cintanya kepada awak tidak pernah luntur. Dan dia berubah bukan kerana Umrah, tapi demi mengejar cinta Allah!” Sedikit menjerit. Dapat kulihat prisma matanya menyimbah titis isyarat.

Tanpa kusedari sepasang mataku kini berjuraian air mata. Tidak terbendung lagi. Di celah-celah garis renyai, ada rasa berbaur yang menyelinap masuk, pantas mengusik emosi rapuhku.

Empat

“Doaku moga dikau temui insan terbaik buat menghiasi kamar hidupmu.”

Khidmat pesanan ringkas terakhir yang diutus sebelum kepulangannya ke tanahair kembali bertandang di relung ingatan. Hadir bersama hembusan bayu dingin Sungai Yarra, tempat pertama kali pesanan itu kutatap. Pedihnya! Dia telah pergi. Dan doanya masih tergantung di situ. Sedang aku terus sendiri di sini menanti insan ‘thiqah’, buat  menyunting kuntum bunga di taman yang kian merekah.

*Sayonara = Selamat tinggal

*Down Under = Nama jolokan/gelaran yang diberikan kepada negara Australia

*Thiqah = Dipercayai

Nukilan hati,

Saudara Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad

Presiden PEMBINA Cawangan Melaka.

Hijrah Terakhir: Episod Satu
Lontaran suaranya lembut beralun, tersulam cantik dan beralas namun sesekali bagai dilambung tegasnya. Memanah jiwa, terus menderap kejap ke tempurung akal para hadirin yang membanjiri ruang solat Masjid Al-Ikhwan. Tuturnya melantunkan lagu keinsafan dan ritma penuh keimanan. Seperti tidak pernah bait-bait nasihat seumpama ini menyapa gegendang telingaku. Ya, unik dan tersendiri. Serba rinci dan penuh informasi. Kalimah ayat-ayat suci dan hadith Nabi yang melatari begitu fasih dan bersahaja diungkapkan, projeksi keluasan gudang ilmunya. Diksi serta ekspresi yang ditabur sepatah demi sepatah menggoncang pintu hati, menguak jendela pemikiran. Sekali dan abadi.

“Penggarapan nilai praktikal dari peristiwa hijrah Nabi yang mulia harus kita cernakan lumat-lumat. Inilah peristiwa agung yang disusun Allah untuk mentarbiah kita tentang makna sebenar hijrah.” Bergema suaranya ke segenap ruang solat masjid.

“Bukannya saya mengajak kalian semua bersama-sama menaiki unta berpindah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu!” Sesekali terpancul dekah ketawa di celah bernas senda dan pintar jenakanya.

“Hijrah dalam realiti kita hari ini berbeza. Hijrah ke arah kemantapan akidah, kesahihan ibadah serta kekukuhan akhlak. Menuntut penambahbaikan untuk memartabatkan panji Ilahi, lantas mengucap ’sayonara’ kepada karat-karat jahiliah. Itu yang kita mahu.” Padat inti katanya.

Ceramah sempena sambutan Awal Muharram 1430H dan Tahun Baru 2009 ini sememangnya berbeza dan sarat dengan intipati penuh makna.

Dari balik tabir yang memisahkan antara ruang solat lelaki dan wanita, sekilas sempat aku melempar pandang si empunya suara. Dari pandangan sisi, tampak tampan dan kemas. Ada satu sinar dari air mukanya yang jernih. Sebaik sahaja dia menoleh, pandangan mata yang bertamu pantas menyerbu saraf pemikiran, lantas menggoncang fragmen-fragmen memori semalam. Menjejak peristiwa dan menyelongkar ceritera. Wajah ini pernah dahulu terselit di celahan ranting nostalgia.

Dua

“Tiada langsungkah ruang buat saya dalam hati awak?” Hampir gugur tangkai jangtungku mendengar soalan yang bertamu.

“Tiada dan tidak akan pernah ada….” jawabku spontan. Separa khalis.

“Umrah, saya berubah hanya kerana awak! Demi memiliki hati awak. Takkan awak sanggup biarkan saya mengemis begini setelah saya tinggalkan rona nestapa kehidupan lampau?” Ada nada sebak mengiringi butir katanya.

“Maafkan saya, saya tidak dapat terima awak…..” entah dari mana datangnya kekuatan untukku berterus terang. Setelah sekian lama.

Diam.

“Dan lagi satu, saya nasihatkan awak berubahlah kerana Allah, bukan kerana mendambakan kasih saya.” Demikian aku menoktahkan perbualan.

Talian kuputuskan. Ada nafas berat yang kuhela separa. Akhirnya hari ini hadir jua kekuatan untukku berterus terang, dalam perbualan telefon pertama dengannya. Deretan nota dan khidmat pesanan ringkas yang diutus sebelum ini tidak pernah kuambil peduli. Minta suai kenal. Minta berkawan. Minta ziarah. Dan banyak lagi permintaan-permintaan yang semuanya kuanggap sampah!

Kuakui dia telah banyak berubah sejak kali pertama aku mengenalinya di bumi kanggaru ini. Kelab-kelab malam yang saban malam dikunjungi bersama taulan zaman gelapnya kini menjadi sejarah kelabu. Botol-botol minuman syaitan yang dahulunya diteguk bersahaja telah lama berderai dirempuh insaf. Solat yang sebelumnya amat jarang ditunaikan telah menjadi kelaziman meskipun masih tidak di awal waktu dan berjemaah di masjid. Al-Quran sudah mula menjadi temannya, walau masih merangkak perlahan mengenalpasti aksara-aksara ganjil yang beratur. Pakaian dan penampilannya semakin enak dipandang mata walaupun rambutnya masih panjang mengurai. Malah pencapaian akademiknya yang dulu merudum jatuh mula menampakkan garis-garis cahaya. Sungguh, dia didewasakan zulmat malam zaman silamnya.

Namun bagiku itu masih belum memadai. Dirinya masih jauh dari bayangan susuk lelaki dambaanku. Yang mendefinisikan dengan percaya makna iman dan taqwa. Penampilannya menyejukkan jiwa, pengabdiannya membunuh nafsu dan hawa. Lelaki impian yang siangnya sibuk mencanai malar perjalanan dakwah, membutir mahar pengalaman penuh qudwah. Lelaki sanjungan yang malamnya sembap kering menangisi dosa berselut, tertib bersimpuh mencumbu mengkuang tahajjud. Lelaki pimpinan yang utuh memimpin tanganku menelusuri tapak-tapak perjuangan Rasulullah s.a.w.

Tidak, aku tidak rela menerimanya hanya kerana dia berhijrah demiku. Demi seorang yang hanya dikenalinya dengan melihat sebentuk wajah di sebalik tudung labuh dan jubah yang membaluti tubuh badan. Mana mungkin dia mengenal hati budiku. Apatah lagi untuk berubah demiku.

Tapi katanya itulah cinta. Ah! Bagiku cinta sering benar tewas bersama mimpi rawan semalam…………

…bersambung

Nukilan hati,

Saudara Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad

Presiden PEMBINA Cawangan Melaka.