PEMBINA: Membina Belia Muslim Wawasan » Sana-Sini

Belia Edar Kurma di Melaka Sentral
Melaka Sentral,  14 Ogos – Seramai  kira-kira 50 orang belia turun ke Melaka Sentral mengedarkan kurma, air  mineral dan juga risalah Ramadhan kepada para pengunjung. Acara ini yang  merupaka acara tahunan anjuran PEMBINA Melaka dengan kerjasama ISMA  Melaka.

Program yang bertujuan menyebarkan  kefahaman sebenar mengenai Ramadhan kepada masyarakat disamping juadah  berbuka berupa kurma dan air mineral kepada pengunjung yang akan melalui  perjalanan yang panjang khususnya pulang ke Utara atau ke Selatan tanah  air.

Pihak Melaka Sentral amat  mengalu-alukan program seperti ini malah mendapat kerjasama dari  pemandu-pemandu bas ekspress yang meminta belia-belia ini naik ke atas  bas untuk mengedarkan juadah dan risalah tersebut. Rata-rata belia yang  turut serta merupakan pelajar-pelajar IPT sekitar Melaka, antaranya MMU,  UTEM, UniKL, Politeknik, KPM serta MANIPAL dan lain-lain.

Peserta  program juga melahirkan rasa teruja mereka kerana ada diantaranya  merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan masyarakat awam,  lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, kesungguhan dan keikhlasan peserta  amat dicabar dengan ragam pengunjung yang berbagai.

Pihak  PEMBINA Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta  program yang turun menyumbang tenaga dan masa dalam usaha membina jati  diri belia berani dan ambil berat akan keadaan masyarakat hari ini.  Program berkahir dengan berbuka puasa bersama-sama di Masjid Alami,  MITC, Ayer Keroh.

PEMBINA

“Memacu Aktivisme Belia”

Seminar A.K.A.L (Adakah Kau Lupa) PMM
Merlimau,  14 Ogos – Seminar A.K.A.L buat julung kalinya bagi tahun ini telah  diadakan di Pusat Islam An- Nur, Politeknik Merlimau Melaka. Para  peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Merlimau Melaka.  Program ini adalah anjuran bersama antara Persatuan Belia Islam Nasional  (PEMBINA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka.

Seminar  ini telah disampaikan oleh Encik Amru Burhan Iskandar selaku wakil ISMA  Melaka.  Antara slot yang disampaikan ialah “Ada Apa dengan  Tarbiah?”.  Slot yang disampaikan juga turut diselangi dengan  video-video yang membuka minda dan hati para hadirin. Antaranya ialah  video yang menceritakan kisah sejarah umat Islam.

” Kita hendak membina individu-individu yang faham Islam secara menyeluruh bukan mengumpul angka-angka kosong”.

”  Rasulullah mendidik para sahabat untuk berfikiran dan berjiwa besar,  mempunyai kemahuan yang tinggi serta mengajar untuk menjadi insan-insan  yang hebat, ini terbukti seerti hebatnya Abu Bakar As-Siddiq, Umar  Al-Khattab, Utman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib serta yang lain2. Para  sahabat ini bermula sebagai insan biasa tetapi bila mengenali insan  menjadi insan yang luar biasa hebat” antara kata-kata Encik Amru kepada  para  peserta seminar.

Seminar diakhiri dengan slot  bengkel serta sesi ramah mesra dengan para pelajar yang hadir. Para  peserta amat berpuas hati dengan seminar yang dianjurkan dan mengharap  akan ada lagi kesinambungan seminar A.K.A.L 2 pula.

PEMBINA

“Memacu Aktivisme Belia”

Seminar Jati Diri Pupuk Kesedaran
KPM Ayer Molek, 13 Julai- Seminar Jatidiri anjuran KPM Ayer Molek dengan kerjasama PEMBINA Melaka telah selamat diadakan pada 13 Julai dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar baru KPM Ayer Molek. Lebih kurang 100  orang peserta yang majoritinya merupakan pelajar baru Semester 1 bersama-sama dalam program seminar kali ini.

Seminar ini secara ringkas menggariskan tugas serta peranan generasi belia Islam hari ini dalam mengembalikan jatidiri serta kegemilangan Islam berdasarkan kajian dan analisa terhadap sejarah. Tayangan multimedia serta slot bengkel dan perbincangan yang diadakan menjadikan program ini lebih istimewa dan berjaya menarik minat para peserta.

Pembentang kertas kerja, Encik Mohd Aizat bin Rasli banyak menekankan keperluan memperbaiki diri dan kenalan terdekat serta kepentingan pendidikan Islam (tarbiyyah) dalam usaha memartabatkan kembali Islam di dalam kehidupan bermasyarakat sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw di awal penyebaran Islam.

Media PEMBINA Melaka

Agen Perubahan Tanggungjawab Semua
MERLIMAU, 8 Julai- Pengerusi PEMBINA Melaka menekankan bahawa setiap  individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan proaktif sebagai agen  perubah kepada pelbagai kepincangan dan kemunduran yang melanda umat  Islam di seantero dunia termasuk Malaysia pada hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merumuskan Seminar BEST (Bongkar Estetika  Sejarah Tamadun) yang dihadiri hampir 1,000 orang mahasiswa dan  mahasiswi baru Politeknik Merlimau Melaka.

Seminar yang merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar  (JHEPP) Politeknik Merlimau dengan kerjasam PEMBINA Melaka ini berjaya  membuka mata para peserta tentang formula kebangkitan Islam yang perlu  digerakkan secara kolektif berdasarkan penelitian dan analisa terhadap  sejarah tamadun Islam.

Rata-rata para peserta program merasa cukup terkesan dengan pelbagai  fakta menarik serta kesedaran yang ditimbulkan dan mengharapkan lebih  banyak sesi seumpama ini dianjurkan untuk kumpulan sasar yang lebih  luas.

Memacu Aktivisme Belia.

JEJAK PERAK
Perak – PEMBINA MMU Melaka telah mengadakan jaulah ke Perak yang diberi nama Jelajah Ukhuwwah ke Perak (JEJAK). Jaulah pada kali ini disertai lebih kurang 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Multimedia University dan ahli PEMBINA Melaka. Sebanyak 4 buah kenderaan yang digunakan untuk jaulah kali ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguatkan lagi ukhuwwah yang telah terjalin diantara pelajar lama dan baru, di samping mendedahkan para peserta dengan PEMBINA cawangan lain.

Peserta bertolak kira-kira jam 10 malam dari Melaka ke Shah Alam, dan telah bermalam bersama-sama PEMBINA Shah Alam. Beberapa sesi perkongsian yang dikendalikan oleh PEMBINA Shah Alam turut menjadi inti pertemuan ukhuwwah tersebut.

Di Lata Ulu Kenas

Hari berikutnya, peserta meneruskan perjalanan ke Beruas bagi menghadiri Walimah Akh Aizam dan Ukhti Nawwar yang merupakan ahli PEMBINA Melaka. Kehadiran peserta JEJAK telah memeriahkan lagi majlis Walimah tersebut. Selesai sesi bergambar dengan pasangan pengantin, JEJAK diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ialah Lata Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Peserta ternyata amat gembira dapat melakukan aktiviti air bersama-sama dan kesemuanya amat berpuas hati.

Pada sebelah malam, peserta telah bermalam di Akademi Ikatan Muslimin Malaysia (AIM) di Ipoh, Perak. Sedikit perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Sahahruzzaman menjadi santapan rohani buat para peserta. Para peserta juga sempat bertaaruf dengan ahli-ahli PEMBINA Perak sekaligus menjalinkan ukhuwwah diantara PEMBINA Perak dan PEMBINA Melaka.

Keesokan harinya, merupakan hari terakhir JEJAK, dimulakan dengan perkongsian ringkas selesai subuh berjemaah. Peserta juga sempat beriadah bersama-sama dengan PEMBINA Perak. Lebih kurang jam 12.00 tengah hari, peserta telah bersiap sedia untuk bertolak pulang ke Melaka.

Diharapkan, perjalanan setelah 2 hari 2 malam tersebut memberikan satu impak baru kepada peserta dalam persediaan mendepani pelbagai bentuk serangan pemikiran dengan membina jati diri antaranya melalui program seperti ini yang dapat mengeratkan ukhuwwah islamiyyah dikalangan para peserta.

Memacu Aktivisme Belia.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

UTeM anjur seminar TEAM
ANGKASANURI,  25 Jun- Seminar TEAM anjuran PEMBINA Melaka telah selamat diadakan hari  ini dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar baru  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).   Seramai  38 orang peserta yang majoritinya merupakan pelajar baru kursus Diploma  bersama-sama dalam program seminar kali ini.

Seminar TEAM secara  ringkas menggariskan tugas serta peranan generasi belia Islam hari ini  dalam mengembalikan jatidiri serta kegemilangan Islam berdasarkan kajian  dan analisa terhadap sejarah. Tayangan multimedia serta slot bengkel  dan perbincangan yang diadakan menjadikan program ini lebih istimewa dan  berjaya menarik minat para peserta.

Pembentang  kertas kerja yang juga merupakan Pengerusi PEMBINA Melaka banyak  menekankan keperluan memperbaiki diri dan kenalan terdekat, kepentingan  pendidikan Islam (tarbiyyah) serta kerjasama berpasukan dalam usaha  memartabatkan kembali Islam di dalam kehidupan bermasyarakat.

Program  seminar ini merupakan siri terakhir daripada siri program Sambutan  Pelajar Baru UTeM yang bermula dengan Youth Exploration Session (12  Jun), Malam Bina Iman dan Taqwa (18 Jun) dan Kejohanan Futsal (19 Jun).

Kunjungan Hormat PEMBINA MELAKA ke JHEPP Politeknik Merlimau
MERLIMAU, 3 Jun- Satu kunjungan hormat oleh PEMBINA Melaka ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Merlimau, Melaka telah berjaya dilaksanakan hari ini.      PEMBINA Melaka yang diwakili oleh Pengerusinya, En. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad dan En. Muhammad Zulfikar Azlan sempat beramah mesra dan berbincang dengan En. Mohd Ariffin Bin Aman yang juga merupakan Ketua Jabatan JHEPP dan pegawainya, <var></var>En. Zainol Bin Othman dalam pertemuan yang berakhir kira-kira sejam.

Lawatan kali ini merupakan kesinambungan hubungan antara kedua-dua belah pihak yang telah terjalin berdasarkan beberapa pertemuan PEMBINA Melaka dengan Pengarah Politeknik Merlimau sebelum ini.      Antara perkara yang dibincangkan ialah pengenalan PEMBINA, kerjasama dalam Minggu Orentasi Pelajar Baru serta beberapa perkara lain sekitar kebajikan dan pembangunan para pelajar Politeknik Merlimau.

Diharapkan hubungan rasmi antara PEMBINA Melaka dan Politeknik Merlimau dapat diperkasakan lagi pada masa-masa akan datang melalui pelbagai bentuk usahasama dan penganjuran bersama program-program pembangunan pelajar demi kemaslahatan semua.

Bermusafir menyulam kasih
“Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih..”

Pada tanggal 11-12 Jun yang lalu, PEMBINA Cawangan Melaka telah menganjurkan ’Jaulah Kita’ dengan merentasi empat buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Kira-kira 13 orang akhawat terlibat dalam menjayakan jaulah ini yang juga turut disertai oleh 2 orang ikhwah. Lebih kurang pukul 7 pagi kami bergerak dari Melaka menuju ke R&R Seremban. Tiba disana, akhawat berkumpul untuk sesi taklimat perjalanan dan doa. Taklimat diberikan oleh ukhti Hidayah yang menerangkan tentatif program serta tugasan kepada peserta. Selain itu diingatkan juga tentang adab-adab bermusafir serta para peserta dikehendaki menghafal surah Al A’la dan Al Ghashiyah, Hadis keenam daripada Hadis 20 An-Nawawi serta beristighfar sebanyak 100 kali sepanjang perjalanan.

Selesai taklimat, kami membaca ’doa musafir’ yang diketuai oleh saudari Linda dan terus bergerak menuju ke Ibupejabat Aman Palestin Berhad. Kunjungan kami disambut mesra oleh warga kerja Aman Palestin Berhad. Disini, kami tidak melepaskan peluang mendengar pengisian daripada perunding Aman Palestin, En. Shahool. Kupasan menarik beliau memberi banyak input kepada kami, antaranya bagaimana kedudukan sebenar orang Yahudi di bumi Palestin walaupun mereka mendakwa mereka adalah penduduk asal Palestin serta sejarah dan perangai orang-orang Yahudi yang telah dikisahkan di dalam al-Quran.

Kemudian kami meneruskan langkah ke destinasi seterusnya iaitu pejabat PEMBINA Pusat.Tangan dihulur salam pun bersambut, sekali lagi kami disambut baik dan ramah oleh tuan rumah. Sempat kami beramah mesra dengan seorang akhawat PEMBINA, ukhti Zida yang setia menanti kedatangan kami. Presiden PEMBINA Pusat, saudara Norzafry Norhalim menerangkan kepada kami mengenai PEMBINA dan berkongsi pendapat beliau mengenai isu yang melibatkan para belia. Beliau menekankan begitu pentingnya belia khususnya mahasiswa cakna dengan isu-isu di kampus yang akhirnya akan memberikan kesan kepada mahasiswa untuk cakna dengan isu-isu yang lebih besar di luar sana. Kami sekali lagi dijamu dengan santapan yang menyelerakan untuk makan tengah hari. Usai sahaja menjamu selera, kami merakamkan gambar kenangan bersama sebelum meneruskan perjalanan.

Kami singgah sebentar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi untuk solat jama’ taqdim. Dengan berbekalkan doa dan semangat, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Keindahan bumi ciptaan Allah SWT di kawasan-kawasan tanah tinggi ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata juga dengan puluhan gambar yang telah diambil oleh para peserta. Destinasi pertama kami di Bukit Tinggi ialah Taman Arnab. Kami berpeluang untuk memberi makan dan membelai arnab. Kami tidak melepaskan kesempatan bergambar bagi merakamkan kenangan indah bersama.

Destinasi berikutnya ialah Perkampungan Perancis. Setibanya di sana, kami diberi peluang untuk melawat sekitar kawasan perkampungan tersebut. Kami tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan yang cantik dan merasai kesejukan di kawasan tersebut. Tidak ketinggalan juga, ada yang membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.

Kemudian, kami bertolak ke Janda Baik dan tiba di sana sekitar jam 9.30 malam. Pak Lang, pemilik homestay Rumah Bonda menyambut mesra kedatangan  kami. Para peserta jaulah nampak agak keletihan dan kelopak mata mula terasa berat. Angin malam yang berhembus seakan membelai kami. Kami solat Jama’ ta’khir bersama. Selesai solat, semua peserta berkumpul untuk ‘sharing session’ yang dikendalikan oleh ukhti Atikah. Lebih kurang pada pukul 12 malam semua peserta bersiap-siap untuk tidur.

Seawal jam 5.00 pagi kami bangun dan bersedia untuk qiam dan solat subuh berjemaah. Angin bayu mula menyapa, kedengaran suara kicauan burung dan air sungai yang mengalir tatkala kami membaca ma’thurat bersama. Tiada kata yang mampu terucap melainkan segala puji hanya bagi Allah, Maha Suci Allah yang menciptakan lukisan alam yang begitu indah lagi menenteramkan ini. Kami melakukan senaman regangan dan tazkirah subuh di tepi sungai yang jernih dan mendamaikan. Kami disajikan dengan hidangan jiwa oleh Ukhti Nabihah dengan hadis keenam bertajuk Halal dan Haram. Pengisian yang bersahaja dan santai begitu menarik minat peserta jaulah.

Selesai sarapan, kami berkumpul untuk aktiviti teambuilding ’Kembali kepada fitrah’. Pengajaran yang dapat diambil melalui aktiviti ini ialah sejauh mana kita mampu membina benteng iman yang kukuh dalam menghadapi arus kehidupan yang penuh dengan mehnah ujian.

Seterusnya, aktiviti menjala ikan di sungai berdekatan homestay kami. Keceriaan terpancar diwajah semua peserta yang tidak sabar merasai kesejukkan air sungai di Janda Baik. Ada juga diantara kami yang turut mencuba bakat menjala buat pertama kalinya. Masa berlalu dengan pantas, dan tanpa disedari sudah hampir satu jam kami berada di dalam sungai. Jari-jari mula mengecut kesejukan, lalu kami memutuskan untuk pulang ke Homestay. Hasil tangkapan tidak begitu banyak, tetapi memadai untuk hidangan makan tengah hari.

Tiba di Homestay, kami sama-sama ke dapur untuk memasak hasil tangkapan dan menyediakan makan tengah hari. Selesai memasak, kami menjamu hidangan tengahari yang disediakan bersama-sama. Pada pukul 1.30 kami sama-sama berjemaah jama’ taqdim (zuhur&asar) dan seterusnya bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya untuk ziarah qudama’ ISMA Seremban iaitu Ustazah Wan Zaimah binti Wan Ibrahim.

Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra oleh ukhti Siti Aminah seorang daripada akhawat Seremban. Sesi ta’aruf dan perkongsian pengalaman di rumah Ustazah Wan Zaimah berlangsung dalam suasana yang penuh mahabbah walaupun ada di antara kami yang baru pertama kali bertentang mata dengan beliau. Itulah yang dikatakan hubungan ruh yang terjalin di antara akhawat. Sebelum pulang, beliau menghidangkan kami dengan santapan yang menyelerakan. Para peserta menjamu makanan dengan begitu berselera sekali. Selepas sesi bergambar beramai-ramai, kami bergerak untuk pulang ke Melaka.

Kami meninggalkan Negeri Sembilan kira-kira jam 7.00 malam dan pulang ke Melaka. Perkara yang paling istimewa berkaitan dengan jaulah ini adalah pertemuan antara teman seperjuangan yang datangnya dari IPT berbeza. Selain menjalinkan silaturrahim dan semangat kebersamaan dengan rakan-rakan baru, banyak input dan pengalaman yang kami perolehi. Moga mutiara yang kami kutip sepanjang perjalanan ini bakal menjadi bekalan di atas jalan yang masih panjang dan berliku ini..ameen.

Laporan oleh,

Dayangku Siti Aishah Hasim

Peserta Jaulah Kita 2011

Program “Ice-Breaking” pelajar Baru MMU Melaka
Ayer Keroh, 18 Jun 2011 – Suasana damai diliputi pokok-pokok hutan dan pemandangan indah menjadi pilihan untuk sekumpulan belia beraktiviti. Kumpulan tersebut merupakan seramai hampir 30 orang mahasiswa dari Universiti Multimedia kampus Melaka yang mengikuti aktiviti Ice breaking yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka.

Tujuan program Ice Breaking adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan pelajar-pelajar baru dan lama disamping memperkenalkan PEMBINA kepada golongan mahasiswa yang terdiri daripada golongan belia.

Antara aktiviti yang diadakan adalah, “Breaking the Iceberg, Group binding Explorace” di sekitar taman Botanikal Ayer Keroh. Peserta yang rata-ratanya pelajar Asasi di Universiti Multimedia berpuas hati dapat mengikuti aktiviti sihat tersebut.

Ini juga merupakan pertama kali buat kebanyakan para peserta datang ke taman Botanikal Ayer Keroh yang sememangnya kaya dengan berbagai khazanah alam ciptaan Allah swt. Program yang bermula pada jam 10.30 pagi itu berkahir pada jam 5.00 petang.

PEMBINA Melaka mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan program ini dan berharap dapat bersama-sama lagi dalam program-program akan datang.

Memacu Aktivisme Belia Islam.

Riadah Mingguan PEMBINA Melaka bersama Mahasiswa MMU & UTeM
Batu Berendam, 19 Jun 2011 – Seramai lebih 40 orang mahasiswa daripada Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  berkumpul seawall jam 8.30 pagi di Kompleks Sukan Batu Berendam untuk aktiviti riadah mingguan.

Semua mahasiswa ini dibahagikan kepada 6 kumpulan dan 2 gelanggang futsal telah digunakan untuk aktiviti riadah tersebut. Walaupun mahasiswa ini berbeza IPT, namun atas semangat kesukanan yang tinggi, pertandingan futsal berjalan dengan baik.

Riadah mingguan ini merupakan aktiviti riadah mingguan yang dianjurkan oleh PEMBINA Melaka. Riadah ini terbuka kepada mana-mana belia yang ingin menyertai. Pihak PEMBINA Melaka mengalu-alukan kehadiran belia-belia di luar sana untuk bersama-sama bersukan membina ketahanan stamina yang unggul sebagai belia Islam harapan Negara.

PEMBINA Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap dapat bersama-sama lagi dalam aktiviti-aktiviti yang bakal kita anjurkan.

Memacu Aktivisme Belia Islam.